KWSP akan meraih untung kasar RM525 juta daripada penjualan Saint James Square dan Tower Bridge House.
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyenaraikan 2 hartanah miliknya di London untuk dijual, lapor The Star Online hari ini.
Dana caruman persaraan itu berharap untuk menjual Saint James Square di West End dan Tower Bridge House di Saint Katharine Docks.
Laporan itu memetik sumber mengatakan KWSP merancang untuk menjual hartanah tersebut pada harga £405 juta (RM2.3 bilion) manakala sumber lain mengatakan £380 juta.
Menurut sumber berbeza, KWSP membeli Saint James Square pada Ogos 2011 pada harga £147.5 juta dan berharap untuk menjual pada harga antara £180 juta and £205 juta, dan Tower Bridge House, yang dibeli pada tempoh yang sama pada harga £163 juta, pada harga £200 juta.
KWSP akan meraih untung kasar £94 juta (RM525 juta) sekiranya berjaya menjual hartanah tersebut pada harga tertinggi. Kedua hartanah itu dimiliki sejak 5 dan 6 tahun lepas, menurut laporan itu.
KWSP meninggikan ambang £1 bilion itu apabila ia mengalihkan tumpuan kepada hartanah selain ruang pejabat.
Pada 2015, KWSP menyenaraikan Whitefriars, 65, Fleet Street untuk dijual pada harga £170 juta selepas kerajaan menyeru semua pelaburan asing dipulangkan bagi meransang ekonomi negara.
Bangunan komersil itu dibeli pada harga £148 juta daripada dana Union Investment dari Jerman, pada 2011. Pajakan pada hartanah itu sehingga 2021, menurut laporan itu.
Juga pada 2015, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Shahril Ridza Ridzuan mengumumkan KWSP mempertimbangkan untuk menjual Reading International Business Park di Reading, Berkshire, yang dibeli pada harga £140 juta pada 2011.
Shahril memberitahu The Star hartanah tersebut masih dalam portfolio EPF di United Kingdom.
Dana lain seperti Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji juga pernah menjual beberapa hartanah yang mereka miliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.