Pengacara Awal Ashaari kini terpaksa
menggunakan tongkat untuk berjalan akibat kecederaan di bahagian ligamen
(ACL) lutut kanannya yang dialami selepas terjatuh ketika bermain
luncur ais di Sapporo, Jepun minggu lalu.
Kejadian itu berlaku ketika Awal, 35, bercuti bersama keluarganya di negara itu.
Memetik laporan Harian Metro, Awal bagaimanapun terpaksa menangguhkan pembedahan disebabkan beberapa komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih dahulu.
"Selepas pulang dari bercuti, saya
membuat membuat pemeriksaan di dua hospital berbeza di sini. Hasil
pemeriksaan terdapat kesan koyak pada bahagian ACL lutut kanan. Jadi
doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan.
"Namun disebabkan saya terikat dengan
beberapa komitmen kerja pada awal tahun depan, saya menangguhkan dahulu
pembedahan itu. Buat masa sekarang, saya perlu menggunakan tongkat untuk
berjalan," katanya
Awal yang juga pengacara Melodi berkata,
dia juga boleh sekiranya tidak mahu melakukan pembedahan tetapi
kecederaan itu mengambil masa untuk pulih.
"Seboleh-bolehnya saya disarankan untuk
melakukan pembedahan juga. Kalau tak nak pun boleh, tapi akan ambil masa
untuk pulih sepenuhnya," katanya.
Menurut Awal, doktor juga menasihatinya supaya tidak melakukan aktiviti berat atau bersukan seperti berlari dalam jarak jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.