shahbudindotcom
Walaupun
Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek,
mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya,
rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela
terus diperbodohkan.
Jurucakap
Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan
kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan
tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap
ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja
dan harga barang rumah naik, katanya.
Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap
Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup
yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan
orang-orang kampung.
Di
satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar
membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat
yang terus terbeban itu.
Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil
Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan
Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN
selama ini.
Beliau
yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan
tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik
ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.
Wakil
Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu
memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang
telah disumbangkannya.
Beliau
yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi
kepada UMNO, sebaliknya parti itulah yang terhutang budi dan patut
berterima kasih kepada orang Melayu.
Mereka
ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz,
Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan
ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta
tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.
Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.