PETALING JAYA: Satu unit jentera kren tumbang di tapak pembinaan dekat Bandar Damansara Perdana hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan
insiden itu dengan berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak
pembinaan di hadapan bangunan LHDN dekat Empire Bandar Damansara
Perdana.
Jelas beliau, jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang.
"Lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.
Terdahulu, sekeping gambar kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di
Damansara dimuat naik di laman media sosial oleh pengguna jalan raya.
"Saya sedang memandu dekat PJ Trade Centre. Insiden berlaku di seberang
Trade Centre. Saya percaya ia projek pembinaan baharu," katanya ketika
dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.