OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Polis digesa mengambil tindakan terhadap Ketua
Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana dengan jelas
mengingkari undang-undang walaupun sudah dikenakan tindakan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tindak balas
Jamal jelas membuktikan beliau adalah seorang angkuh dan secara
terang-terangan menunjukkan sikap samseng.
“Ini contoh tidak baik kepada rakyat, apalagi Jamal dilihat seolah kebal daripada undang-undang.
“PDRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya kepada SelangorKini.
Terdahulu, Jamal yang juga Ketua Gerakan Baju Merah ‘merasmikan’
resortnya, Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang sudah disita
Majlis Daerah SabakBernam (MDSB).
Beliau turut menanggalkan notis perintah tutup dan memotong pita pelekat sitaan di hadapan premisnya.
=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.