IPOH, Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak iaitu
‘Bagan Datuk’ akan mula diguna semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu
itu oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari ini.
Setiausaha
Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, ia diputuskan
dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 November
lalu.
“Sehubungan
itu, jabatan dan agensi kerajaan perlu mengguna pakai ejaan baharu
tersebut dalam pengurusan masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari
ini.
Menurut
Abdul Puhat, pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan di Dewan
Sekolah Menengah Sains dekat Bagan Datoh dengan jangkaan kehadiran
kira-kira 15,000 penduduk daerah itu.
Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran yang ke-12 di Perak melalui satu warta kerajaan pada 15 Jun lalu.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia
Aidilfitri 2016 di sini Julai lalu mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf
sebagai daerah penuh, hasil persetujuan bersama antara kerajaan negeri
dengan persekutuan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.