shahbudindotcom
Ramai
yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang
lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan
dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50
sen seunit adalah paling rendah sekali.
Tahun depan bagaimana agaknya?
Dalam
kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun
cuba mewajarkan penurunan pulangan itu sebagai masih kompetitif dan
mengaitkannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kekecewaan jelas terselit
di sebalik kata-katanya.
Ia
memaksa beliau untuk berjanji akan memberi pulangan yang lebih
memuaskan bagi tahun-tahun mendatang melalui perlaksanaan pelan
strategik 2017-2022, selain akan memanfaatkan pengalamannya selama 28
tahun dalam sektor korporat dan pentadbiran bagi mencapai matlamat
tersebut.
Jika semuanya memuaskan hati, sudah tentu Abdul Wahid tidak melontarkan janji seperti itu?
Sama-sama kita tunggu pulangannya bagi tahun depan pula.
Carta pulangan ASB secara keseluruhannya yang dipetik daripada FB Kelab Che Det seperti di atas, adalah realiti semakin berkurangnya keuntungan yang diperolehi oleh pelabur atau rakyat sejak kebelakangan ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.