shahbudindotcom
Sejak
malam hingga pagi ini, ramai kawan-kawan dalam UMNO menghubungi saya
untuk memberi komen mengenai ucapan pertama Zahid Hamidi ketika
merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC,
malam semalam.
Rata-ratanya
melahirkan rasa kecewa dengan ucapan Zahid yang disifatkan hambar,
mengecewakan, malah kadangkala boleh dianggap merapu.
Ucapan
beliau dianggap tidak berapa kena dalam konteks merasmikan mesyuarat
sayap-sayap UMNO dalam suasana parti sedang kritikal dan dalam persiapan
meghadapi PRU 14. Zahid seolah-oleh keliru tentang apa sepatutnya
beliau lakukan.
Penampilan
Zahid bukan saja dilihat tidak dapat menandingi apa yang dilakukan oleh
Muhyiddin Yassin dan Timbalan-Timbalan Presiden UMNO sebelum ini,
malah ada yang menganggap ucapan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
dahulu jauh lebih baik lagi.
Bukan saja dari segi isi, malah cara Zahid menyampaikan ucapannya bagaikan serba-serbi tak tak menjadi.
Dengan
prestasinya yang hambar dan mengecewakan itu, ramai yang mengatakan
Zahid telah melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan wibawanya yang
sebenar.
Kata kawan-kawan yang nakal pula, Hishammuddin tentu senyum-senyum saja dengan prestasi Zahid itu
Dari
segi isi ucapan Zahid, mari kita baca ulasan peguam Hanif Khatri
mengenainya yang dipetik daripada laman Facebooknya. (SH 30/11/2016).
ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!
1. Pada 29.11.2016, Timbalan Perdana Menteri, ZAHID HAMIDI telah dipetik oleh MALAYSIADATELINE.COM sebagai berkata :
"Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.",
"Takdir
Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh
perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan
"Wala' saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita."
2. Wahai ZAHID HAMIDI, sebagai peringatan kepada semua terutamanya kepada diri saya sendiri :
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menjalankan amanah kepada yang berhak menerimanya,
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan suatu hukum di antara manusia
supaya kamu menetapkan dengan adil" (Al-Quran; An-Nisa : 58)
“Hai
orang-orang yang beriman, bertawakkallah kepada Allah, dan hendaklah
kamu bersama orang-orang yang jujur.” (Al-Quran; At-Taubah: 119)
“Siapa
saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak
berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan
menzalimi umatnya ), Allah akan mengharamkan surga untuknya.” (Hadith
Riwayat : Bukhari)
"Orang yang paling sakit
siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (Hadith
Riwayat : Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud).
“Sesudahku
nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa
yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak
termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia
tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (Hadith Riwayat :
Nasa’i dari Ka’ab).
3. JUSTERU, Wahai Zahid
Hamidi, kalaulah Rakyat (atau ahli UMNO sekalipun) harus terima
pengataan anda, bahawa NAJIB RAZAK hendaklah diterima dan disokong
semata-mata kerana "sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan
Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita (UMNO)", TANPA HAK untuk SOAL
keBATHILan dan keZALIMan, maka adakah anda, ZAHID HAMIDI menidakkan
peringatan ALLAH S.W.T. dan RASULNYA kepada umat Islam (sebahagian kecil
daripada peringatan yang mana adalah seperti yang dipetik di atas) ??
!!!
4. Saya yakin anda, ZAHID HAMIDI, semestinya lebih arif daripada saya dalam soal hukum-hakam dan tuntutan agama, maka, INGATLAH:
ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.