BAGAN DATOH: Lebih ramai individu berkaitan BERSIH 5 dan Baju Merah
akan ditangkap dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan pihaknya sudah
mempunyai senarai nama individu terbabit tetapi tidak akan mendedahkan
kepada umum.
"Saya menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan pihak polis untuk bertindak.
"Individu ini bukan sahaja akan ditahan tetapi juga akan didakwa,"
katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dinaiki
banjir air pasang besar di Kampung Simpang Tiga di sini sebentar tadi.
Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa polis
menyalahgunakan kuasa kerana menangkap beberapa individu lebih awal
sebelum perhimpunan BERSIH 5 berlangsung hari ini.
Katanya, tiada isu salahguna kuasa kerana polis menahan individu
daripada kedua-dua kumpulan baju kuning dan baju merah dan bukan hanya
daripada satu pihak sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.