TAPAH: Sebelas kenderaan termasuk sebuah lori terbabit dalam kemalangan
di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini
pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagiitu mengakibatkan
kesesakan lebuh raya sepanjang kira-kira 10 kilometer selepas kesemua
laluan ke selatan ditutup.
Difahamkan, kemalangan itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan hanya
tiga mangsa mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk
menerima rawatan.
Laluan di lebuh raya itu dibuka semula 12.15 tengah hari tadi selepas
semua kenderaan dialihkan sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw mengesahkan kejadian. Punca sebenar masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.