KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli PAS Wilayah Persekutuan diseru menggerakkan kempen 3B untuk melebarluaskan lagi info berkenaan parti kepada rakyat awam.
Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamal Nazmi Nik Din ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pendekatan PAS sekarang telah menarik minat ramai masyarakat awam khususnya mereka yang cintakan pendekatan sejahtera dan matang.
"Saya dapati ramai masyarakat netizen sudah mula menyedari kebaikan pendekatan politik matang dan sejahtera yang dikemukakan oleh PAS kali ini," ujar beliau.
Menurut beliau lagi, peningkatan keahlian PAS secara luar biasa sekarang menuntut semua peringkat kepimpinan dan ahli menggerakkan kempen 3B untuk Harakah iaitu 'beli, baca dan beri'. (pas.org)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.