"Minyak masak sudah habis, tiada stoki"
Itu jawapan beberapa peniaga kedai runcit di sekitar kawasan Juru
dan Bukit Minyak di sini mengenai bekalan minyak masak menyebabkan orang ramai khususnya penduduk setempat disini berdepan masalah kesukaran mendapatkan minyak masak sejak kebelakangan ini.
Tinjauan MalaysiaGazette ke beberapa kedai runcit termasuk sebuah
pasaraya milik syarikat Jepun di Bukit Minyak mendapati minyak masak
berjenama Cap Pisau dan Helang tidak ada dijual atas alasan kehabisan
stok.
Kalau ada pun pasar raya yang hanya menjual minyak masak harga mahal seperti jenama Daisy dan Cap Bunga Matahari sahaja dijual.
Pemantauan di lebih 10 kedai runcit dan pasar mini di sekitar
kawasan berkenaan juga tidak mempunyai bekalan minyak masak dan ada juga
peruncit yang kehabisan minyak dalam bungkusan sekilogram.
Peniaga sempat ditanya mengenai ketiadaan minyak masak mendakwa stok dalam botol bersaz besar sudah habis dan tidak tahu bila akan tiba stok terbaharu.
"Kita mahu jual pada harga RM28 tetapi kami diminta kekalkan jualan
pada harga lama (RM17.50), jika kami jual mahal nanti susah sebab orang
ramai sini akan marah dan mengamuk. Kami tidak ada minyak masak lagi," katanya kepada seorang pengguna yang datang ke kedainya hari ini.
Bagaimanapun, ramai merungut dan
mengecam tindakan peniaga yang memberi alasan minyak masak kehabisan
stoknya dan mendakwa mereka sengaja menyimpan stok bagi menaikkan harga
apabila permintaan meningkat.
"Kami meragui sikap sesetengah peniaga ini, kerana sudah tiga hari
saya ulang alik ke kedai di sini tetapi diberi alasan yang sama iaitu
minyak masak habis? Macam mana boleh habis sedangkan kerajaan kata stok
mencukupi terutama apabila perayaan Deepavali baru-baru ini.
"Saya mahu penguat kuasa berkaitan perkara ini segera memeriksa
setiap kedai runcit di sini, kami tak percaya lagi dengan peniaga ini
kerana mereka seperti mempermainkan pembeli seperti kami.
"Kami mengesyaki mereka (peniaga) mungkin menyorok bekalan minyak
yang sedia ada selepas khabar angin tersebar kononnya minyak masak dalam
botol akan mengalami kenaikan harga sejak akhir-akhir ini. Kami
tak nak ambil tahu ia hanyalah khabar angin atau sahih daripada
kerajaan tapi tidak mahu kami dijadikan mangsa keadaan oleh peniaga
ini," tegas G. Jeevanathan dari Juru ketika ditemui.--MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.