PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui penggal kedua ini adalah yang terakhir untuk beliau menerajui pergerakan itu.
“Ini adalah penggal terakhir saya.
“Walaupun masih layak, saya sudah memimpinnya selama dua penggal. Tambah sepenggal sebagai naib ketua dan sepenggal jadi anggota exco, semuanya empat penggal.
“Kita perlu orang baru. Idea baru, orang baru, individu baru dan keterujaan baru. Tiba masanya untuk saya pergi,” katanya dalam wawancara bersama The Star menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang bakal berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember ini.
Ditanya calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatannya, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, terdapat beberapa nama dalam senarai exco yang bersedia dan berkeupayaan.
Malah Khairy berpendapat bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun juga antara calon yang sesuai untuk mengetuai pergerakan itu.
“Saya rasa beliau boleh ambil alih. Beliau perlu dapatkan sokongan daripada delegasi Pemuda Umno, saya telah melatih beliau.
“Azwan telah melalui perjalanan yang panjang, tiba masanya untuk beliau tampil memimpin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.