shahbudindotcom
Pendirian
baru Pas sejak sehari dua ini tentunya amat dialu-alukan oleh semua
pihak yang mengharapkan akan wujud perubahan dan pembaharuan dalam
negara selepas PRU 14 akan datang.
Setelah
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin seakan berubah nada dengan mengatakan
parti itu sedia bersama parti-parti pembangkang lain untuk bertanding
satu lawan satu menentang BN asalkan penyatuannya atas dasar agama
Allah, kini Presiden Pas, Hadi Awang pula bersuara hampir sama.
Kata
Hadi, Pas sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu bagi
tujuan mengalahkan BN pada pilihanraya umum akan datang.
Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami".
Meskipun
berkata, "jangan kacau rumah kami", yang penting ialah Hadi dalam masa
yang sama masih terbuka kepada perundingan dengan parti-parti lain dan
tetap dengan pendirian untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Berbanding
sebelum ini, pendirian Hadi sekarang nampaknya mula menunjukkan
perubahan yang positif. Ini bukan saja membawa berita melegakan kepada
pihak pembangkang, malah juga kepada harapan rakyat yang rata-ratanya
sudah jemu dengan pemerintahan UMNO dan BN serta berperdana-menterikan
Najib Razak.
Jika semua pihak dalam pembangkang
terbuka kepada perundingan, harapan untuk mencapai kata sepakat
tentunya lebih cerah berbanding dengan masing-masing membawa haluan
sendiri.
Kini, terserahlah kepada semua
pimpinan parti pembangkang untuk berlapang dada dan berunding dengan
terbuka serta memikirkan keutamaan yang paling penting bagi semua pihak
ialah menyelamatkan negara dari pemerintahan Najib, UMNO dan BN yang
semakin tidak tentu hala dan menyusahkan rakyat jelata.
Selain
itu, kebaikan lain sekiranya Pas sedia bersatu dengan parti-parti
pembangkang lain untuk berdepan satu lawan satu dengan BN ialah ia
dengan sendirinya menutup cerita parti itu pernah terhutang budi atau
menerima apa-apa sumbangan kewangan daripada Najib.
Setuju
dengan muafakat satu lawan satu untuk menumbangkan BN akan menjadikan
sama ada saman Pas terhadap Sarawak Report diteruskan atau sebaliknya
tidak lagi penting kepada rakyat untuk mengetahuinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.