KUALA LUMPUR: Pengerusi
pergerakan baju merah Datuk Jamal Md Yunos memberi tempoh sehingga
5
November ini bagi media pro-pembangkang memberi penjelasan mengenai
dakwaan penerimaan dana daripada penyangak mata wang George Soros.
"Kami beri masa sehingga jam 12 tengah
hari Sabtu ini, 5 November untuk Malaysiakini perjelaskan (isu
berkenaan),. Jika tidak kami akan buat protes secara besar-besaran di
sini (pejabat Malaysiakini).
"Sekurang-kurangnya 20,000 orang akan
turun ke sini dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan runtuh
pada 5 hari bulan," kata Jamal dalam sidang media yang turut dihadiri
pengarang kanan portal berita berkenaan.
Tegas Jamal, dakwaan penglibatan Soros
dengan aktivis serta media pembangkang kini hangat diperkatakan yang
jelas mengancam sistem demokrasi dan keamanan negara disebabkan liputan
berat sebelah serta fitnah Malaysiakini.
"Gerakan baju merah ini wujud kerana
BERSIH. Tak ada BERSIH, tak ada baju kuning maka tak akan ada Merah.
Penglibatan Malaysiakini yang saya lihat dan perhalusi merupakan media
sepenuhnya gerakan BERSIH," ujarnya.
Isu penglibatan Soros dengan
Malaysiakini didedahkan oleh laman web DC Leaks yang membocorkan dokumen
minit mesyuarat Open Society Foundation (OSF) menyatakan hasrat untuk
mencampuri urusan pentadbiran negara serta mempengaruhi keputusan
pilihan raya negara.
Organisasi yang diterajui sendiri oleh
Soros itu memberikan dana kepada Malaysiakini serta BERSIH dan ianya
diakui oleh Pengerusi BERSIH sendiri Maria Chin Abdullah yang menyatakan
menerima RM70,000 dari OSF.
Ujar Jamal, Amerika Syarikat juga kini
menyiasat dakwaan dikeluarkan oleh DC Leaks yang memberikan dana kepada
blok pembangkang berselindung dibawah organisasi memperjuangkan
demokrasi seperti BERSIH.
"Jadi tuntutan kami jelas ingin mengtahui dakwaan ini. Malaysiakini adalah agen kepada kehancuran sistem demokrasi negara.
"Kami menghormati pengamal media di
dalam negara kita ini tetapi kita melihat kecenderungan Malaysiakini
terlalu pro pembangkang dan jika kita lihat kebanyakan jawatan-jawatan
dalam Malaysiakini adalah daripada rakan-rakan politik pembangkang,"
katanya lagi.- Malaysian Digest
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.