KUALA LUMPUR: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos
direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan
berhubung insiden kekecohan di Ampang Point pada Ahad lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret selepas Jamal dibawa ke mahkamah di sini kira-kira pukul 1.35 petang.
Penahanan Jamal menyebabkan beliau tidak dapat memimpin Baju Merah yang
turut sama turun padang bagi membantah himpunan BERSIH 5 di ibu kota,
hari ini.
Tahanan reman dibuat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun
Keseksaan, Sekyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.