HULU SELANGOR: Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih
jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman,
Serendah di sini Sabtu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih
akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh
daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.
Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.
"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca
aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan
datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan
Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga
mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di
taman tersebut.
Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.
Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.