Isnin, 24 Oktober 2016

Tiada larangan mutlak pada soalan berkaitan DOJ di parlimen

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Soalan berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat dalam perbahasan Belanjawan 2017 akan ditentukan sama ada subjudis atau tidak hanya ketika ia dikemukakan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta keputusan dibuat berkaitan perkara itu susulan 33 soalan berkaitan DOJ telah diputuskan sebagai subjudis.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak dapat membuat keputusan itu kerana soalan belum dikemukakan.

“Bagaimana kamu minta saya buat keputusan jika (soalan) belum ditimbulkan.

“Kalau rasa nak timbulkan, timbulkan.

“Kalau siapa duduk sini (kerusi speaker) rasa langgar peraturan mesyuarat maka itulah keputusannya,” katanya.

Pandikar juga menjelaskan keputusan subjudis sebelum ini hanya terhadap soalan lisan yang sudah dikemukakan.

Beliau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan kurang tepat bahawa keputusan itu turut melibatkan perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.