KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima hakikat anak muda tidak lagi menyokong beliau.
Menurut Tokoh Wartawan Negara,
Tan Sri Zainuddin Maidin, ini adalah berikutan daripada ratusan anak
muda yang berebut untuk mendaftar mengundi di pejabat pos seluruh
negara.
“Semalam, tersebar berita
mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan
lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi
kerana kabar angin Pilihanraya Umum telah hampir dan pendaftaran akan
ditutup.
“Bagi saya demi untuk
keselamatan masa depan Umno, Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat
sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya, hadapilah realiti
dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong Umno
sekarang tetapi banyak veteran Umno juga telah tidak percaya lagi kepada
Umno dan mencari borang BERSATU (Parti Primbumi Bersatu Malaysia).
“Penambahan ahli UMNO tidak
berarti akan bertambahnya undi kepada UMNO dalam Pilihanraya UMUM akan
datang. Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri,” kata
Zainuddin yang lebih mesra dengan nama Zam itu dalam satu posting
terbaru di blognya.
Difahamkan, sejak kebelakangan ini heboh di laman sosial apabila tarikh akhir bagi mendaftar mengundi adalah pada 30 September.
Katanya, jika gagal mendaftar
sebelum 30 September individu tersebut tidak layak untuk mengundi dalam
Pilihan Raya Umun (PRU) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Jangkanya, PRU akan diadakan seawalnya pada bulan Mac dan palinh lewat pada bulan September.
Walaubagaimanapun, Najib
baru-baru ini mengesahkan beliau masih belum membuat keputusan sama ada
pilihan raya akan dibuat tahun hadapan ataupun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.