Alyaa Azhar
Dipenjara dua kali di bawah kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, ada rasa terpendam di lubuk hati Mohamad Sabu.
"Saya dengan Dr Mahathir, cukup geram. Dua kali saya kena jail
(penjara) di bawah (kepimpinan) dia, (Lim) Kit Siang pun (sama),"
katanya di majlis ceramah di Kuala Lumpur malam tadi.
Namun bagi presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu apa yang terjadi
sudah berlalu dan semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dalam
politik perlu wujud permuafakatan.
Dalam politik juga katanya tidak ada istilah rakan atau musuh yang kekal abadi.
"Di Malaysia ni kalau nak politik sorang-sorang (bersendirian),
eloklah duduk sorang-sorang.
(Sepatutnya) kita mesti ada muafakat,"
katanya di majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan AMANAH
peringkat Wilayah Persekutuan.
AMANAH ditubuhkan oleh sekumpulan pimpinan dan ahli PAS yang
diketepikan dalam muktamar parti berkenaan di Kuala Selangor tahun lalu.
Ia kini bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN) serta
bekerjasama dengan kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU).
Ketika
bersama PAS dulu Mohamad - lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu -
pernah berseteru dengan Dr Mahathir dan mereka berperang mulut untuk
seketika.
Bagaimanapun Dr Mahathir kini bersama BERSATu sebagai pengerusi parti
berkenaan dan giat berjuang untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya
umum akan datang.
Kata Mohamad, Dr Mahathir kini tidak lagi berkuasa dan sedang berusaha untuk menumbangkan BN dan berkawan dengan pembangkang.
Mengaitkan kenyataan itu dengan seruan Islam supaya memperkatakan
kebenaran di depan pemerintah yang zalim Mohamad berkata Dr Mahathir
kini tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.
Mahu kongsi kekuatan
Sebaliknya kata Mohamad kini mereka menjadi "kawan".
"Dia (Dr Mahathir) dah pencen, tak ada kuasa. Mahathir nak jadi perdana menteri? Umur dia dah 91.
"Sekarang kita besama-sama untuk menjatuhkan BN," katanya.
Walaupun begitu Mohamad berkata dia tidak memiliki jiwa yang besar
seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara di Sungai
Buloh.
"Dia (Anwar) dipenjara, pergi ke mahkamah dan boleh bersalam (dengan
Dr Mahathir). Kalau aku, pang!" katanya disambut ketawa hadirin.
Mohamad merujuk kepada pertemuan bersejarah antara Anwar dan Dr
Mahathir di mahkamah Kuala Lumpur ketika bekas timbalan perdana menteri
itu memfailkan saman mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Dr Mahathir yang dipercayai tidak bersemuka dengan Anwar sejak 18
tahun lalu hadir sebagai tanda sokongan terhadap usul berkenaan.
Sementara itu Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata sejak
ditubuhkan setahun lalu mereka sudah mendaftar kira-kira 80,000 ahli.
"Dan daripada 222 (kawasan parlimen) AMANAH sudah ada di 156 kawasan," katanya.
Semua itu katanya adalah bukti bahawa parti itu mempunyai kekuatan yang boleh dikongsi bersama dengan PKR, DAP dan BERSATU.
"Kita ingin bersama berkongsi kekuatan yang ada untuk berhadapan
dengan Umno dan BN. AMANAH tak mahu menjadi macam parti sejarah.
"AMANAH adalah AMANAH, kita mahu belajar daripada sejarah dan mahu bergerak ke depan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.