Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diterajui oleh bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.
Lajim yang ditemui media di lobi Ros hari ini dipetik berkata, dengan penubuhan parti Harapan Rakyat itu, akan dapat menuntut hak dan perjuangan rakyat Sabah.
""Parti ini bertujuan untuk menuntut hak dan memperjuangkan hak rakyat Sabah iaitu dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan banyak lagi perkara yang perlu dituntut.
"Kami membawa suara rakyat Sabah yang mahu setanding dengan negeri-negeri lain," ujarnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya pimpinan PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini akan menyertai parti tersebut.
Lajim yang ditemui selepas kelulusan berkenaan, berkata parti itu juga akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu petanda kebangaan rakyat Sabah dan rakyat Malaysia.
Difahamkan permohonan menubuhkan parti baru itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan hanya diluluskan pada 23 September.
Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua Adun lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.
Mereka ialah Adun (PKR) Moyog Terrence Siambun (PKR) dan Junz Wong Adun (DAP) Likas.
Siambun dan Junz Wong menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Dengan kelulusan RoSini kini Sabah mempunyai dua parti baharu iaitu Warisan dan Harapan Rakyat yang akan menjadi pilihan pengundi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.