Pernahkah kita mendengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan sebelum ini yang juruauditnya bertukar ganti sampai tiga kali?
Kemudian,
pernahkah juga kita dengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan yang
begitu sukar untuk mendapatkan juruaudit baru sebagai pengganti?
Kenapa hanya 1MDB yang ditimpa masalah begitu?
Masihkah
lagi kita mahu percaya bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat milik
kerajaan yang tidak bermasalah dan semuanya selama ini diurus dengan
baik?
Jika
tidak bermasalah dan semuanya okay, mengapa sehingga ini seolah-olah
tiada juruaudit yang sanggup melakukan audit untuk 1MDB?
Selama
22 tahun Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, pernahkah kita
dengar ada syarikat milik kerajaan yang bukan saja tidak diaudit lebih
daripada setahun, bahkan untuk melantik juruaudit baru pun banyak
kesukarannya?
Dalam
hal ini, apa kata Kementerian Kewangan dan 1MDB meminta bantuan Salleh
Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan atau Annuar Musa untuk mendapatkan
juruaudit baru bagi syarikat pelaburan kerajaan paling bermasalah sejak
merdeka itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.