Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC hari ini kecoh
apabila berlaku insiden baling botol di luar Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC).
Tindakan membaling botol itu dipercayai dilakukan penyokong daripada
dua kumpulan - penyokong Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan
bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel.
Penyokong G. Palanivel menuntut presiden MIC berundur daripada jawatan
itu namun kumpulan penyokong S. Subramaniam bertindak mempertahankan
ketua mereka.
Kedua-dua kumpulan mula menjerit sejurus membaling botol sesama mereka sehingga mencetuskan suasana kecoh.
Antara laungan yang mencetuskan perang mulut tersebut termasuklah "Undur Subra", "Sokong PM."
Keadaan bagaimanapun kembali tenang selepas dikawal anggota polis.
Terdahulu, ribuan penyokong gerakan anti presiden berkumpul di luar
bangunan PWTC seawal jam 7.30 pagi bersama beberapa sepanduk berbentuk
kecaman terhadap Subramaniam, antaranya "Subra Pencuri" dan "I Love PM".
Himpunan itu diketuai bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan bagi menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Subramaniam.
“Anda lihat sendiri betapa ramai ahli MIC tidak berpuas hati dengan Dr Subramaniam. Kami akan lancarkan GAS pada November ini.
“Kita akan adakan perhimpunan bermula Stadium Negara yang bakal
dihadiri 20,000 orang. Kemudian kita akan ke Johor, termasuk Segamat
(kawasan Parlimen Dr Subramaniam),” katanya lagi.
Krisis dalam MIC bermula sejak Disember 2014, apabila Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan keputusan pemilihan bagi
jawatan 3 naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat ekoran
aduan penyelewengan.
Sejak itu, pemimpin kedua-dua kem saling menyerang selain melibatkan proses mahkamah.
Dr Subramaniam dalam sidang media selepas perasmian mendakwa pihak
yang berhimpun itu bukanlah ahli MIC, sebaliknya kumpulan yang dibayar
pihak tertentu bagi menjadikan perhimpunan “lebih meriah.”
Katanya lagi, perbincangan dengan ahli dan pemimpin akar umbi MIC yang
tidak berpuas hati sedang dilakukan dan mendakwa kebanyakannya sudah
pulang kepada parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.