SEREMBAN: Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal
berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas lalu terbakar di Kilometer
276, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi berhampiran kawasan Rehat dan
Rawat (R&R) Seremban itu, motosikal mangsa Wong Chee Wai, 26, putus
dua dan terbakar.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati menyertai
konvoi bersama beberapa rakannya dari Singapura menuju utara tanah air.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba
Kanan II, Badrol Tamam Abdul Rahim, berkata, seramai tujuh anggota
bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul
10.22 pagi.
"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa ditemukan sudah tidak bergerak di
lorong paling kanan lebuh raya arah utara," katanya ketika dihubungi
hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.