PAS mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang menyeru semua anggota parlimen, khasnya yang beragama Islam menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355).
“Semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan
menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU
(rang undang-undang) 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang
undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah,” kata timbalan
presidennya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga yakin semua mufti
menyokong RUU persendirian berkaitan yang akan dibentangkan presidennya
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai anggota parlimen Marang.
Ini kerana, kata Tuan Ibrahim ia sebahagian dari meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.
“Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli parlimen,” katanya.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam "bayan linnas" (penjelasan permasalahan semasa) semalam mengupas panjang cadangan pindaan bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.“Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli parlimen,” katanya.
Katanya, anggota parlimen yang beragama Islam wajib menyokongnya kerana ia dapat memartabatkan keadilan Islam dan memelihara maslahah umat supaya terjamin dan dihormati.
Anggota parlimen bukan Islam pula, kata Zulkifli, diseru menyokongnya kerana “ia dibentang oleh wakil rakyat yang membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah”.
Katanya, anggota parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab perlu menyokong keperluan dan kebajikan rakyat beragama Islam di kawasan parlimen masing-masing.
Hadi dijadual membentangkan semula cadangan pindaan itu dalam sesi parlimen akan datang (bulan depan) setelah mohon menangguhkannya dalam sesi lalu atas alasan tidak cukup masa.
Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berharap langkah
Mufti Wilayah itu akan menyemarakkan lagi usaha memahamkan masyarakat
umum terhadap RUU 355.
Beliau juga berkata isu RUU itu tidak perlu dipolitik atau dipolemikkan kerana ia “tanggungjawab semua umat Islam”.
Beliau juga berkata isu RUU itu tidak perlu dipolitik atau dipolemikkan kerana ia “tanggungjawab semua umat Islam”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.