MALAYSIA TODAY
(Malaysian Digest) – PKR menyambut baik hasrat Presiden Parti Pribumi
Malaysian (Pribumi) Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin bertanding kerusi
pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, PKR akan memperuntukkan
kerusinya kepada Pribumi “asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang.”.
“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.
“Kerusi dia (Pibumi) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil,” katanya dipetik portal berita.
Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang
ingin berbincang dengan semua parti pembangkang termasuk PKR dan PAS
bagi memperuntukkan sebahagian kerusi kepada parti baru berkenaan.
Kata Muhyiddin, satu perbicangan perlu dilakukan untuk mencapai
konsensus antara semua parti pembangkang agar tiada pertembungan tiga
penjuru yang akan menyebabkan perpecahan undi dan mengakibatkan hasrat
menakluk Putrajaya terkubur.
PAS dalam pada itu menegaskan, pertandingan tiga penjuru tidak
menjadi masalah tambahan pula ia mempamerkan konsep amalan demokrasi.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, konsep
satu lawan satu bukanlah formula terbaik untuk kesejahteraan politik
Malaysia.
“Formula ini akan mengenepikan parti-parti kecil atau baru yang
sebenarnya mewakili segmen pengundi tertentu, malah formula ini juga
tidak menyumbang kepada usaha menyuburkan demokrasi,” tegasnya.
Beliau menegaskan PAS akan berbincang dengan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia yang membentuk Gagasan Sejahtera dalam menentukan pembahagian
kerusi pada PRU14 sebelum berbincang dengan PKR.
“Manakala dengan Bersatu pula, setakat ini tiada pakatan dengan PAS,” kata Zuhdi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.