Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengulangi
kenyataannya bahawa PAS tidak akan melepaskan mana-mana kerusi milik
parti itu untuk ditandingi oleh parti pembangkang lain.
Malah katanya, PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang
pernah ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Amanah Putrajaya
yang mahu bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Pribumi, Tun Dr
Mahathir Mohamad bertanding di Putrajaya.
"Kita tidak ada perbincangan lagi dengan (Pribumi) BERSATU. Buat masa
ini semua kerusi yang PAS bertanding pada PRU 2013 akan ditandingi oleh
PAS pada PRU akan datang," katanya kepada Antarapos menerusi Whatapps.
Baru-baru ini Pengarah Komunikasi Amanah Putrajaya, Mohd Radzi Abu
Bakar mencadangkan Mahathir bertanding di kerusi Putrajaya menggantikan
bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bagi menghadapi Umno-BN pada
PRU14.
Menurut Mohd Radzi, idea itu juga telah dipersetujui Husam yang sebelum
ini diletakkan sebagai calon pembangkang di Putrajaya pada PRU13 atas
tiket PAS.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub hari ini menyambut baik
saranan berkenaan namun berkata satu perbincangan ke arah itu perlu
dijalankan antara PH dan Pribumi sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.