MIC
tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia parti terbesar komuniti
India di negara ini kerana situasi MIC yang dapat dilihat hari ini sudah
berpecah dua.
Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berkata, senario terbaharu itu
menyebabkan MIC kini seolah tidak dapat memastikan siapa sebenarnya
presiden parti itu.
Katanya, sebelum ini parti itu dikatakan mempunyai kira-kira
600,000 keahlian tetapi sekarang lebih 300,000 ahli sudah mengikut
seorang lagi pemimpin (bekas Presiden G. Palanivel) manakala selebihnya
di bawah kepimpinan baharu Dr. S. Subramaniam.
"Oleh demikian selepas ini puak-puak di luar sana tidak lagi boleh
menabik dada mendakwa bahawa MIC masih parti besar mewakili suara
keramat komuniti India di negara ini.
"Saya melihat parti Gerakan disegani sebagai parti lebih besar
dengan keahlian masyarakat berbilang kaum jika dibandingkan dengan MIC
semasa," dakwanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Persidangan
Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Tamil di Universiri Perguruan
Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim baru-baru ini.
Katanya, perkembangan terbaru menunjukkan ramai dalam kalangan ahli
MIC ketika ini sedang bersiap sedia untuk menyertai parti politik lain.
Dakwa beliau lagi, MIC kini disindir dan dipersoalkan tentang
kerelevanan disebabkan para pemimpin hanya lebih cenderung menguruskan
parti demi berkepentingan diri tanpa mendahulukan perjuangan masalah
masyarakat itu.
"Apabila tiba setiap pilihan raya umum nanti, kita boleh lihat
gelagat perebutan kerusi yang berlarutan sejak dahulu lagi dan myPPP
sememangnya sedih melihat keadaan MIC.
"Asas parti MIC tidak kukuh dan itulah punca kepada perpecahan atau
krisis dalaman yang berlaku selama ini dan BN hanya akan bertambah
kukuh sekirannya masalah dalaman MIC ini dapat ditangani segera.
"Persoalannya adakah pemimpin MIC bersedia menerima nasihat dan
teguran mesra parti komponen atau sekutu BN ke arah penyelesaian jangka
panjang dan masa depan BN," soalnya lagi.
Katanya lagi, jumlah wakil rakyat atau menteri mewakili MIC tidak
menjadi penentu sebaliknya kesediaan mereka untuk membela nasib rakyat
tanpa kepentingan diri adalah sangat penting.
Malah beliau mendakwa, BN bersetuju menawarkan myPPP kerusi
parlimen atau DUN yang boleh menjamin kemenangan pada PRU-14 akan
datang.
"BN juga bersetuju parti myPP yang memiliki 600,000 ahli dapat
menganggotai kabinet sekiranya memenangi kerusi Parlimen," tegasnya
lagi. - Akhbar Tamil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.