KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat
pengumuman mengenai isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang
diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,
Jumaat ini.
Beliau berkata, berdasarkan bacaannya sejak pendrive kontroversi itu
diterima baru-baru ini, ia banyak berkisar soal teknikal dalam bola
sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Khairy memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan
atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan.
Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).
"Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM.
Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak
permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM)," katanya ketika
ditemui selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak, di
sini, hari ini.
Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca
semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh
Tunku Ismail. Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan
salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.