shahbudindotcom
Satu
demi satu pemimpin UMNO tampil membidas cadangan Mukhriz Mahathir
berkenaan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal
saja.
Mula-mula
Hishammuddin Hussein membangkitkan persoalan mengapa Mukhriz tidak
melontarkan idea itu ketika bapanya sedang berkuasa dahulu, tanpa beliau
sedar bahawa bekas Menteri Besar Kedah itu sebenarnya hanya aktif dalam
politik setelah Tun Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri.
Memang "ke laut" hujah sepupu Najib Razak itu.
Hari
ini, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa pula mengatakan cadangan itu
hanya untuk meraih sokongan semata-mata dan tidak berhak dipaksa kepada
parti-parti lain.
Lagi "ke laut" kata-kata Annuar ini.
Kesian Annuar Musa...agaknya beliau tak cukup faham dengan intipati sebenar apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu.
Mukhriz
dengan jelas menyebut bahawa cadangan dua penggal tempoh perkhidmatan
Perdana Menteri itu akan dilaksanakan sekiranya PPBM bersama Pakatan
Harapan dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 14 akan
datang.
Maka,
ia memang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN atau mana-mana
parti lain. Tidak ada dicadangkan sama sekali oleh Mukhriz agar UMNO
turut melaksanakan peraturan tersebut.
Kalau cadangan itu hanya untuk PPBM dan Pakatan Harapan, kenapa Annuar mesti terasa hati?
Ohhh...rupa-rupanya Najib pun ada hati nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga!!
Patutlah tak setuju!!
Maknanya,
Hishammuddin dan Annuar tidak setuju dan awal-awal meluahkan serangan
terhadap Mukhriz berikutan cadangan itu kerana ingin memenuhi impian
Najib memerintah negara selama 22 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.