Sebanyak enam kes positif jangkitan Zika direkodkan di negara ini dan pencegahan wabak itu dilakukan menerusi pengawalan vektor.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, jumlah tersebut dianggap terkawal berbanding negara jiran, Thailand dan Singapura, yang mencatatkan jumlah yang lebih tinggi dan terus meningkat.
"Kita agak bernasib baik kerana merekodkan enam kes sahaja, dan setakat ini sebanyak 800 ujian darah dilakukan terhadap mereka yang mempunyai simptom dari kawasan berisiko dan semuanya negatif, 116 nyamuk diuji yang juga negatif vektor.
"Dua wanita hamil positif zika yang dirawat selama ini dibenarkan pulang selepas disahkan bebas virus itu," katanya pada sidang media di pejabat hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Segamat itu berkata, menteri kesihatan ASEAN menggariskan lima strategi bagi membendung wabak Zika yang dilakukan menerusi sidang video pada Isnin lalu.
"Kami setuju untuk memperkukuh pengawasan penyakit dan mekanisme penilaian risiko serantau sedia ada dengan sokongam teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.