KUALA LUMPUR:
PAS menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
membuka semula kertas siasatan terhadap syarikat penuh bermasalah,
syarikat 1 Malaysia Development berhad (1MDB) yang melibatkan Perdana
Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran
daripada kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini yang mengesahkan Malaysian Official 1
(MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika
Syarikat terhadap 1MDB adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
“Pengakuan
Abdul Rahman sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua
Pesuruhjaya (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras
rasuah.
“SPRM
perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan
menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada
peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu
menggesa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB
semula.
“Kami
yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini
untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak
berani menangkap ikan jerung,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan
hari ini.
Difahamkan,
portal BBC.com hari ini melaporkan Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah
Najib tetapi beliau pada masa yang sama turut memberitahu nama Najib
tidak dinyatakan dalam laporan tersebut kerana Najib bukan sebahagian
daripada siasatan DOJ.
Rahman
yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menolak
sebarang dakwaan yang mengatakan Najib perlu bertanggungjawab atas
tuduhan yang dilemparkan keatasnya ini dengan meletakkan jawatan sebagai
perdana menteri.
Katanya, ia adalah satu tindakan yang melampau untuk menyuruh Najib letakkan jawatan.
Bagi
Tuan Ibrahim pula, beliau berterima kasih dengan pengesahan Rahman
Dahlan ini malah beliau turut mengesyorkan menteri itu supaya
mendedahkan lagi maklumat lain berkaitan dengan DAP.
“Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ sememangnya ialah Perdana Menteri.
“Apakah
pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ)
Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1
itu ialah PM?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.