shahbudindotcom
Di
alam maya ketika ini bertebaran cerita mengenai Tun Mahathir Mohamad
kononnya mahu berdamai dengan Najib Razak. Daripada blog, FB dan grup
Whatsapp, cerita berkenaan terus berpanjangan disebarkan tanpa hentinya.
Dalam
cerita itu, Tun Mahathir dikisahkan memilih untuk berdamai kerana telah
menemui jalan buntu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, selain
timbulnya beberapa isu perpecahan dan berebut jawatan sesama sendiri
dalam PPBM.
Dalam
pelan damai itu dikatakan Tun Mahathir bersetuju agar Najib terus kekal
sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat hendaklah melepaskan
jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya sekarang.
Untuk
menyedapkan lagi cerita, Tun Mahathir diberitakan menetapkan syarat
kepada Najib agar anaknya, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan
melalui lantikan sebagai Senator terlebih dahulu.
Hahaha....memang boleh ketawa dibuatnya....
Siapa
pun yang waras pemikirannya, tidak makan dedak atau kalau pun ada
menerima dedak, gred yang diterima adalah berkualiti tinggi, mereka
pasti ketawa besar dengan cerita damai antara Tun Mahathir dengan Najib
itu.
Cerita
itu tidak lebih kisah dongeng yang diimaginasikan ketika sedang
menunggu dedak bulanan jatuh ke dalam poket, itu pun sebenarnya hanyalah
dedak bermutu rendah atau gred C sahaja. Penerima dedak gred A tidak
mungkin membuat cerita khayalan seperti itu, apatah lagi mereka yang
mahu dikenali sebagai "orang perjuangan".
Membuat
cerita dongeng seperti itu, bukan saja tidak membantu menguatkan lagi
Najib, malah tidak juga membuatkan Tun Mahathir dan PPBM semakin lemah.
Ia boleh dijadikan sekadar hiburan petang semata-mata.
Pertama,
Tun Mahathir bukanlah jenis manusia yang boleh disuapkan dengan dedak
oleh sesiapa pun. Rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada negara begitu
tinggi, melebihi rasa sayang kepada karier dan masa depan politik
anaknya sendiri
Jika
Tun Mahathir begitu mementingkan perjalanan karier Mukhriz, adalah
lebih baik jika beliau kekal berbaik dan menyokong apa saja yang
dilakukan Najib sejak dulu daripada berkelahi dengannya.
Kedua,
Tun Mahathir kini sudah ada parti baru, PPBM dan sedang menjalin
kerjasama yang erat dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang.
Malah beliau juga sudah berbaik-baik dan bersalaman dengan Anwar
Ibrahim. Keahlian tidak rasmi PPBM juga sudah mencecah ratusan ribu
orang.
Ini
meletakkan perjuangan beliau sekarang ini sedang berada di landasan
kemenangan dan semakin hampir untuk membuatkan Najib tersingkir daripada
jawatannya. Tarikh PRU 14 adalah sesuatu yang amat menakutkan buat
Najib.
Jadi, di mana logiknya Tun Mahathir mahu berdamai?
Ketiga,
Tun Mahathir turut dikenali sebagai seorang yang sentiasa berpegang
kepada prinsip apa yang diperjuangkannya dan tidak pernah mengalah
ketika di pertengahan jalan.
Dalam
kes Najib, sasaran Tun Mahathir tidak pernah berubah. Jika diumpamakan
seperti peluru berpandu, Tun Mahathir sebenarnya sudah "mengunci
sasaran" yang hendak ditembaknya. Ke mana pun Najib lari, berlindung
atau menyelinap, sasaran yang hendak ditembaknya itu tidak pernah
berubah. Malah, sesiapa yang melindungi Najib, termasuk UMNO sekali pun,
bagi Tun Mahathir, ia perlu "dimusnahkan" sekali.
Berdamai
atau mengalah, lebih-lebih lagi kepada Najib yang banyak kali
digelarnya sebagai "pencuri terbesar wang negara", boleh dikata amat
mustahil sekali. Bukan Tun Mahathir orangnya yang boleh berbuat
demikian.
Dalam
cerita yang diimaginasikan itu, disebut juga dua nama "tauke Cina"
yang kononnya selama ini berperanan sebagai "funder" dalam gerakan
untuk menjatuhkan Najib bersama-sama dengan Tun Mahathir.
Lanjutan
daripadanya, difahamkan juga satu laporan polis akan dibuat esok oleh
seorang pemimpin Pemuda UMNO agar kedua-dua "tauke Cina" itu dapat
disiasat oleh pihak berkuasa.
Sekali
lagi, ini juga adalah cerita dedak gred C sebenarnya. Satu orang
membuat cerita dongeng daripada imaginasi sendiri dan kemudian satu
orang lain pula membuat laporan polis untuk menunjukkan ia seolah-olah
kisah benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.