shahbudindotcom
Jika
sebelum ini Abdul Rahman Dahlan hanya berkias dengan mengatakan hanya
orang bodoh saja tak tahu siapa sebenarnya Malaysian Official 1 yang
disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS, kini beliau secara
terbuka mengesahkan individu berkenaan adalah Najib Razak.
Sebagaimana
dipetik melalui wawancara dengan BBC, Pengarah Strategik BN itu
berkata, "Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah
Perdana Menteri."
Tidak
seperti pemimpin-pemimpin UMNO lain yang takut-takut untuk menamakannya
secara terbuka kerana ingin melindungi kedudukan Najib, Rahman
sebaliknya bersikap sangat terbuka.
Malah
dengan mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1 melalui saluran
BBC, tidak melalui media tempatan, Rahman seperti ingin pengesahannya
itu diketahui serta didengari oleh seluruh dunia.
Sebelum
ini, Bung Mokhtar Radin misalnya enggan berterus-terang dengan
mengatakan Malaysian Official 1 itu boleh jadi merujuk kepada sesiapa
saja, manakala Nawawi Ahmad pula mentafsirkannya sebagai Yang Dipertuan
Agong.
Pemimpin-pemimpin
UMNO selebihnya, walaupun sedar Malaysian Official 1 itu juga dirujuk
sebagai mempunyai talian persaudaraan dengan Riza Aziz, tetapi keberatan
untuk menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan.
Ini
kerana, risiko mengesahkan nama Najib bererti turut bersetuju dengan
dakwaan Jabatan Kehakiman AS mengenai kemasukan wang sebanyak AS$731
juta atau kira-kira RM3,000 juta yang berpunca daripada 1MDB ke dalam
akaun peribadi Malaysian Official 1 itu.
Apakah
dengan pengesahan terbuka Rahman Dahlan bahawa Najib adalah Malaysian
Official 1, beliau ingin memberitahu dunia bahawa wang tersebut memang
berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan dan bukan merupakan derma
daripada Timur Tengah?
Apakah Rahman sudah berfikir habis-habisan mengenai risiko pengesahannya melalui BBC itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.