shahbudindotcom
Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-
Isteri
Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By
Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.
Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco
Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan atas usaha dan
sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di
bawah program Permata.
"Pengiktirafan
ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan
dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik
kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau
berkata, anugerah sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali
diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di
seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan
manusia sejagat.
Kata
kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan
Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22
September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.
Bagaimanapun,
laporan New York Times hari ini menyebut bahawa Unesco mengumumkan
penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.
Punca
ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan
dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku,
mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.
Penarikan
balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah
bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib Razak tidak
hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai
delegasi Malaysia.
Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?
Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?
Jika
selama ini kita diberitahu pembiayaan Permata datangnya daripada wang
kerajaan, malah Najib sendiri mengumumkan peruntukan itu dalam beberapa
ucapan belanjawan yang dibentangkannya, bagaimana Unesco boleh turut
meraguinya dan kemudian membatalkan anugerah yang sepatutnya diterima
Rosmah?
Bagaimana wang kerajaan sendiri kepada Permata boleh diragui?
Mungkinkah dalam hal ini Permata ada menerima dana 1MDB secara sembunyi-sembunyi dan tanpa kita ketahui?
Adakah
penarikan balik anugerah itu juga ada kaitan dengan saman Jabatan
Kehakiman AS atau berhubung-kait dengan sebarang penemuan penyiasat
antarabangsa berkaitan wang 1MDB yang telah dilencongkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.