PUTRAJAYA - Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad
Ali mendakwa rasuah yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding
sebelumnya.
Berkongsi pengalaman bertugas sebagai pegawai kesihatan pada tahun 1970-an, beliau mendedahkan pernah ditawarkan rasuah sebanyak dua kali.
“Cubaan merasuah saya kali pertama adalah ketika saya mengendalikan kes pesakit yang memerlukan pemindahan darah kerana komplikasi ketika melahirkan anak.
“Waktu itu saya sedang menulis laporan mengenai kes itu dan datang suami kepada wanita yang bersalin itu menghulurkan wang sebanyak RM10 untuk membeli darah bagi isterinya.
Saya terperanjat dan marah, tapi saya terfikir mungkin ada individu yang meyakinkan supaya menawarkan rasuah. Saya suruh gunakan duit itu untuk beli makanan buat isterinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kelab Che Det di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.
Menurutnya, kali kedua beliau ditawarkan rasuah adalah sewaktu bertugas di Jitra, Kedah sebagai pegawai kesihatan.
“Saya terima surat daripada seseorang yang menawarkan RM50 jika mengambilnya bekerja. Saya bawa surat kepada Badan Pencegahan Rasuah ketika itu dan meminta saya untuk membalas surat agar individu itu datang ke pejabat saya.
“Pegawai rasuah rancang untuk serbu pejabat sejurus saya ditawarkan rasuah. Laci dan tempat-tempat tertentu di pejabat saya dipasang perakam suara namun apabila individu itu datang berjumpa saya, dia tidak sebut tentang rasuah.
“Saya juga tertanya-tanya apakah ia hanya ujian untuk menguji kejujuran saya menjalankan tugas,” katanya.
Beliau menasihati pemimpin hari ini supaya menampilkan imej yang baik agar dihormati rakyat.
“Hiduplah kita dengan ikhlas dan punyai kehormatan diri agar orang menghormati kita,” katanya
Siti Hasmah turut menyokong usaha menghapuskan rasuah walaupun ia memakan masa yang lama.
“Walaupun ambil masa lama, pastikan ada pemimpin bersih dan amanah di negara ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.