Ahad, 28 Ogos 2016

Perhimpunan Label Mahasiswa Dipromosi Penuhi Impian Tun M & Pakatan Harapan

 

 
maha


Label mahasiswa dipromosi dalam perhimpunan jalanan hari ini untuk mencapai impian Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.


“Kita dah tahu dan sedia maklum penganjuran perhimpunan ini adalah bukannya dari mahasiswa tetapi ianya dari pakatan pembangkang yang poyo mempergunakan nama Mahasiswa untul tarik perhatian orang ramai, ulas ASSU yang merujuk penggunaan banner perhimpunan #Tangkap MO1 yang menggunakan logo Pakatan Harapan.

Menurutnya, sebilangan besar peserta demonstrasi hari ini bukannya golongan mahasiswa, sebaliknya golongan tua yang sudah biasa terlibat dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini.

“Tinjauan demo #tangkap MO1 yang sedang berlangsung kini menampakkan langsung tiada sambutan daripada kalangan mahasiswa seperti yang diwar-warkan oleh penganjur sebelum demo ini dilangsungkan.

“Malah, kebanyakan yang hadir juga merupakan golongan pertengahan usia dan ada diantaranya didapati sudah berumur.

“Ini tidak memungkinkan peserta demo yang didakwa majoritinya di kalangan mahasiswa dan boleh dianggap, ianya sebagai demo di kalangan penyokong parti pembangkang serta (parti) Pribumi,” ulasnya.

tiga

Dakwanya, perhimpunan hari ini didalangi oleh tiga muka tua yang mendalangi perhimpunan BERSIH sebelum ini, iaitu Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Tian Chua.

Turut diulas pemakaian peserta perhimpunan perempuan yang berbaju oren.

oren

“Kalau dilihat dari pakaian yang dipakai ianya adalah warna kepada parti Mat Sabu, PAN.

“Sihat-sihat semuanya, penangan kerajaan zalim kot,”ulasnya lagi.

AIDCNews 17 Ogos lalu melaporkan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berikrar akan menganjurkan perhimpunan BERSIH 5 dalam masa terdekat sebagai menyahut seruan Tun Mahathir yang meminta pihak pembangkang menganjurkan perhimpunan jalanan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan kes saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Namun, jurucakap BERSIH itu berkata pihaknya belum memutuskan tarikh dan masa perhimpunan sepertimana yang disarankan Tun Mahathir itu akan dibuat.

Sementara itu, Hanisya Abdul Hamid pula melampirkan satu insiden pergaduhan di antara pemuda PKR (AMK) dengan Pemuda DAP (DAPSY) semasa perhimpunan tersebut.

“Dahlah kehadiran suam-suam kuku kurang mendapat sambutan … AMK dan DAPSY pula bergaduh sesama sendiri.

“Apa nak jadi weh!!!!,” ulasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.