Selasa, 2 Ogos 2016

Mengapa peguam pemerhati, tidak peguam pencelah? soal Pemuda Amanah

MALAYSIA DATELINE
 

Apandi Ali Apandi Ali Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali seharusnya menjaga hak dan kepentingan negara dan bukannya individu-individu berkepentingan di dalam 1MDB dan Putrajaya.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, tindakan jabatan peguam negara untuk menghantar Peguam Pemerhati di dalam prosiding 'Civil Forfeiture' di Amerika Syarikat yang difailkan oleh Department of Justice (DOJ) adalah tidak memadai dalam usaha menangani skandal 1MDB.

"Peguam Pemerhati yang dikenali sebagai 'Watching Brief' adalah pihak yang hanya dibenarkan menyertai prosiding 'Civil Forfeiture' untuk bertanya beberapa soalan sepertimana diumumkan Peguam Negara.

"Namun, Kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan terus dan berhak menuntut aset-aset di dalam prosiding tersebut.

"Maka, sepatutnya Peguam Negara menasihatkan Kerajaan Malaysia untuk memfailkan permohonan mencelah atau 'intervener' di mana Kerajaan Malaysia akan menjadi pihak di dalam prosiding tersebut bagi melindungi dan mempertahankan hak Kerajaan Malaysia ke atas aset-aset yang mahu disita dan dirampas oleh Kerajaan Amerika Syarikat di bawah 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative'," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutunya perkara itu perlu dilakukan memandangkan fakta-fakta yang dibentangkan di dalam kertas kausa 'Civil Forfeiture' tersebut melibatkan kesalahan pengubahan wang haram akibat perbuatan jenayah mencuri wang 1MDB.

"Oleh kerana 1MDB adalah syarikat milik negara, maka Kerajaan Malaysia mempunyai hak ke atas harta-harta terlibat dalam prosiding tersebut. Apatah lagi, nama 'Malaysian Official 1' telah disebut sebagai individu yang terlibat dalam skandal pengubahan wang haram ini.

"Jika kerajaan tidak berani menjadi Pencelah, maka fakta-fakta perbuatan jenayah dalam skandal 1MDB adalah benar dan ini sekaligus bertentangan dengan dapatan Peguam Negara bahawa tiada kesalahan jenayah dalam siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.