Shahbudindotcom
Kenyataan Media Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.
1.
Khairul Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai
polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap
tiga Tan Sri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno.
Dalam erti kata lain *budak Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan
Sri dalam pengetahuan dan pesetujuan Pemuda Umno serta dalam
pengetahuan Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno*. Khairy Jamaludin
adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden.
2.
PM Najib kurang pendengaran ka sehingga berkata laporan polis yang
budak Khairul buat atas sifat peribadi. Bukan atas nama Umno. *Najib
jangan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno jangan cuba untuk memisah
diri dari laporan polis yang budak khairul buat*.
3.
Tolonglah mengaku yang budak Khairul buat *laporan polis atas restu
Najib dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada
isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan
pencurian wang 1MDB* kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai
tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual
maklumat kepada Amerika Syarikat.
4. Persoalan
yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib
Presiden. Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat
untuk buat kenyataan. Kenapa Khairy Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno
hanya menyatakan tindakan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno
tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi
budak Khairul sehari selepas Najib. *Kenapa Khairi tidak menyatakan
pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016*.
Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan. Kenapa tunggu Najib buat
pendirian dahulu. Jelas *Pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada
telur*.
5. Pemuda Umno tidak membawa suara
keberanian anak muda. Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana
benar. *Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke
mulut*. Umno dan Pemudanya takut dengan *gelombang kemarahan rakyat
khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi
walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh
tiga Tan Sri*.
6. Saya percaya rakyat khususnya
pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan mempercayai helah Umno
kononnya budak Khairul buat laporan polis atas sifat peribadinya.
*Rakyat tetap mempercayai tanpa restu Umno budak Khairul tak akan berani
buat laporan tersebut dengan membuat tuduhan jahat terhadap tiga Tan
Sri yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa yang besar pada Malaysia*.
#BeraniKeranaBenar
#TakutKeranaTakadatelur
#SelamatkanMalaysia.
*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5pm Taman Malewar KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.