PETALING JAYA: Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank
berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berkaitan kes penyelewengan melibatkan dana RM15 juta.
Sumber memberitahu The Star bahawa lelaki berusia 65 tahun itu hadir di
pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya.
"Dia disoal siasat pegawai SPRM di sana.
"SPRM akan memutuskan sama ada tangkapan perlu dilakukan," kata jurucakap SPRM pada Isnin.
Terdahulu, The Star melaporkan individu kedua dari institusi kewangan
itu dipanggil SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan
ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan tersebut.
Pada Khamis lalu, pengarah urusan bank tersebut berusia 48 tahun
ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain.
SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.
Ia membawa kepada penahanan enam suspek setakat ini.
Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat
penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin
negara.
Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000
salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.