MSTAR ONLINE
Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Baharu Mohd Rusli Ahmad.
Dua lagi juruteknik syarikat itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu.
Ketiga-tiga mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari sejak 21 Ogos susulan seorang pegawai kanan syarikat itu ditahan sejak 16 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.