GEORGE TOWN: Bapa kepada ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini
disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana
didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan
rumah kos rendah dan mampu milik.
Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas
klip video yang menunjukkan bapa Siew Khim, Keat Seong sedang
menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan"
di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang
permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".
Memetik laporan mStar Online, suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat
daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk
penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan
beberapa pemimpin Gerakan.
Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.
Semalam, Siew Khim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak
mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan
permohonan perumahan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.