KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan
Negara (MKN) atas alasan ia adalah tidak berperlembagaan.
Saman itu difailkan melalui peguamnya N Surendran, R. Sivarasa dan Latheefa Koya.
Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai
responden dalam saman pemula yang difailkan di pejabat pendaftar sivil
Mahkamah Tinggi hari ini.
Ketua Umum PKR itu kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di
Penjara Sungai Buloh atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful
Bukhari Azlan.
Akta MKN yang dikuatkuasakan bermula semalam, memperuntukkan 15 kuasa
khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan
menyelaras operasi berkaitan keselamatan.
Ia diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis 2015 sebelum diluluskan pula
Dewan Negara pada 22 Dis 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7
Jun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.