Selasa, 2 Ogos 2016
ADUN DAP Sabah Nafi Keluar Parti, Pertikai Motif Sebar Khabar Angin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kepayan, Edwin Bosi nafi keluar parti dan mempersoalkan motif penyebar khabar angin tersebut.
Bosi bagaimanapun mengakui memang ada beberapa isu dalaman parti yang telah membawa kepada khabar angin itu disebarkan.
“Jika saya benar-benar mahu meletakkan jawatan, saya akan melakukannya dengan betul – dengan kenyataan media dan sidang akhbar. Tetapi ‘seseorang’ telah menjadi jurucakap saya sekarang. Mengapa mereka perlu melakukan perkara itu? Tanya mereka kenapa, “katanya ketika bercakap kepada The Malay Mail Online hari ini.
Terdahulu, The Malay Mail Online yanag memetik kenyataan Setiausaha DAP Negeri, Junz Wong melaporkan Bosi telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada pucuk pimpinan parti dan mereka cuba untuk memujuknya supaya kekal dalam parti.
“Saya tidak tahu alasan yang diberikan. Kami juga tidak pasti apa yang berlaku. Tetapi saya berharap dia menukar fikirannya. Kami tidak mahu dia pergi, “kata Junz, yang juga ADUN DAP Likas.
Krisis dalaman DAP Sabah berlaku pada pemilihan parti peringkat negeri pada November tahun lepas Bosi, Setiausaha DAP negeri bersama dua sekutunya, Jimmy Wong (Pengerusi DAP Sabah) dan Chan Foong Hin (Naib Pengerusi DAP Sabah) ditendang keluar daripada jawatan masing-masing, apabila berlaku rampasan kuasa dalaman, di mana Stephen Wong Tien Fatt, sebelum ini Timbalan Pengerusi DAP Sabah telah dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri yang baharu bagi menggantikan Jimmy Wong.
Jawatan Setiausaha DAP dan Naib Pengerusi Negeri juga turut dirampas Junz Wong dan Joan Goh.
Selanjutnya, sila baca “DAP Sabah Bergolak Akibat Rampasan Kuasa Dalaman“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.