shahbudindotcom
Tulisan
ini sudah banyak tersebar di media sosial serta grup Whatsapp dan
dikongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan perubahan
semakin dekat dengan hati kita. (SH 28/08/2016)
1.
Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di
kampung saya, Ketereh. Kelantan. Program tersebut menampilkan Tun Dr
Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
2.
Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton
kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.
3.
Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak
melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya
dalam program-program politik.
4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.
5.
Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN
yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.
6.
Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting.
Menurut Tun M, selaku bekas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam
pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.
7.
Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan
Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan
parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s
Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Tun M, DAP pada masa itu
juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.
8.
Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU
bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak
bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah
kerajaan yang kukuh.
9. Ini satu hujah yang amat menarik!
10.
Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah
Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Penang dengan merampasnya dari MCA.
PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua
kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.
11.
Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian
diikuti oleh PAS. Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk.
12.
Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia
bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang
Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun
Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu
pengkhianatan? Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!
13.
Bagi saya, ianya bukanlah satu pengkhianatan. Tetapi satu strategi
politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil
selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
.
14. Sama-samalah kita fikirkan!
Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
27 Ogos 2016
Untuk FB Bicara Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.