Rabu, 31 Ogos 2016

14 Cedera, Bas Terbalik Di Lebuhraya Karak

Oleh: JASTIN AHMAD TARMIZI
 
 
 
 
DIKEMASKINI  PETALING JAYA: Kira-kira 14 orang cedera selepas sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 31.3 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira pukul 4 petang Rabu.



Beliau berkata, seramai 14 orang termasuk pemandu bas cedera dan dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Difaham, kenderaan itu menghalang kesemua lorong lebuhraya kecuali laluan kecemasan, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 9 kilometer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.