MALAYSIAKINI
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong sepatutnya melobi kepimpinan
Gerakan supaya memberi tekanan bagi penangkapan dalang yang terlibat
rasuah yang membabitkan 1MDB, kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor
Eddie Ng.
Ini susulan kenyataan Yong, bahawa adalah jelas 'Malaysian Official
1' yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika
Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Abdul Razak.
“Yong sepatutnya mengetuai Pemuda Gerakan bangkit mendesak pimpinan
tertinggi Parti Gerakan serta Pengerusinya Mah Siew Keong untuk
bersama-sama dengan rakyat jelata yang ingin dalang skandal 1MDB di
hukum mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Yong juga harus menggalakkan pemimpin-pemimpin parti
komponen BN yang lain untuk mengakui bahawa Najib terpalit sama.
“Mereka bukan sahaja perlu menerima hakikat bahawa itulah dalang
sebenar yang telah melesapkan duit rakyat Malaysia sebanyak
berbilion-bilion ringgit.
“Malah mereka perlu berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia
untuk mendesak Najib meletak jawatan dan diikuti dengan siasatan yang
bebas daripada sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak yang
menyeluruh terhadap skandal 1MDB,” katanya.
Yong berkata, beliau percaya istilah 'Malaysian Official 1' yang disebut 36 kali dalam saman DOJ itu merujuk kepada Najib.
Bagaimanapun, beliau percaya Najib telah menerima nasihat yang salah.
"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.
"Mungkin PM juga menerima nasihat yang salah," kata Yong kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.