Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada “anak-anak buahnya”.
Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya
menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam
negara.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa
rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk
pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
“Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu
kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini
dengan penuh cekal dan tabah,” katanya yang membuatkan dewan suram.
Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.
Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.
Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua
lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan
Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua
pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam ucapan itu Shukri turut memberi nasihat kepada
ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya supaya jujur dalam
menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di
akhirat.
“Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman
seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat kerana satu hari
nanti kita akan bertemu Hakim yang adil, yang akan jatuhkan hukuman pada
kita.
“Pada waktu itu semua termasuk saya akan jadi saksi
terhadap diri kita sendiri, menjadi peguam bela ke atas diri kita
sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil
berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi.
“Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil
rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di
atas sana kerana rakyat.
“Utamakan rakyat berkhidmat lah dengan seikhlas hati dan
penuh berintegriti, ingatlah satu hari nanti rakyat akan jadi saksi
bila bertemu pencipta kita.
“Pada masa itu tidak jawatan tidak ada pengaruh, tidak
ada konspirasi, tidak ada kuasa yang boleh membantu tuan-tuan untuk
mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pencipta kita,” katanya dengan
nada sebak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.