Ahad, 31 Julai 2016

PRU nanti, buatlah pilihan bijak, kata Mukhriz

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir


PUTRAJAYA - Rakyat perlu bijak memilih kerajaan menjelang PRU akan datang kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, keputusan yang dibuat rakyat pada masa itu bakal menentukan masa depan negara pada masa akan datang.

"Nanti PRU, rakyat buatlah pilihan bijak (dalam menentukan kerajaan).

"Sama ada negara akan boleh diselamatkan pada masa itu (pada PRU) atau tidak, rakyat tentukan pada masa itu," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau sekali lagi menyuarakan gesaan kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turun daripada takhtanya.

Jelasnya, imej negara hanya boleh dipulihkan sekiranya Najib lepas jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Tanpa sokongan penyokong sukar untuk kita lakukan, saingan kita cukup kuat sehingga salah guna kuasa.

Ini merumitkan perjungan menyelamatkan Malaysia.

"Saya bimbang dengan keadaan politik negara kita, kami ini totok Umno. Kerana sayangkan parti, kita bersuara, kerana bersuara kami dibuang," katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.