MIRI: Polis menahan enam suspek malam tadi dan pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Bill Kayong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata semua
suspek yang ditahan termasuk seorang wanita ditahan reman tujuh hari
untuk membantu siasatan.
Suspek yang ditahan berusia antara 22 dan 41 tahun.
Dev berkata polis mengetepikan motif politik dan perkauman dalam kes itu itu.
Dalam keterangan terdahulu, Dev berkata penyiasat memfokuskan kepada
tiga kemungkinan motif; konflik tanah adat di Bekelit, Miri; konflik NGO
yang disertai Bill dan motif peribadi.
Bill maut selepas ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram oleh suspek yang belum dikenal pasti pada 21 Jun.
Tiada kamera CCTV berhampiran lampu isyarat di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.